Sahabat Followers

Wednesday, 20 June 2012

Bulan-bulan Islam - Disebalik Namanya

jangan lupa untuk mainkan lagu ini terlebih dahulu sebelum membaca entri yang ingin dikongsikan.


Assalamualaikum..

Allahhumma Sollialamuhammad, Waalaalihi Muhammad. Selawat dan Salam kepada jungjungan Besar Nabi Muhammad Saw. Alhamdulillah Syukur kepada Allah Swt kerana dengan KemurahanNya dan Kasih SayangNya kita sudah berada di penghujung bulan Rejab yang mulia dan akan menemui bulan Syaaban, seterusnnya akan bersama-sama ke bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam.

insyaAllah pada entri kali ini, saya ingin menyentuh sedikit mengenai bulan-bulan islam yang terdapat dalam kalendar umat islam. terdapat 12 bulan yang terdapat dalam kalendar umat Islam iaitu kalendar Tahun Hijrah dan sangat berbeza dengan kalendar yang biasa kita gunakan selama ini iaitu kalendar Masihi. jadi sebelum itu, mari sama2 kita lihat bagaimana sejarah Kalendar Tahun Hijrah ini dibentuk.



Usaha untuk mewujudkan Kelendar Tahun Hijrah ini dimulakan oleh Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab Radhiyallahu' Anhu. Ini adalah turutan daripada Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah menirim surat kepada Saiyidina Umar. Isi kandungan surat itu meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan itu, beliau (Umar) mahukan satu kalendar /taqwim Islam yang kahas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang pelbagai yang selama ini digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haran(Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah  (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kamu musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa. )Surah At-taubah : 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasullullah Saw di dalam sebuat hadith yang telah menceritakan oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a bahawa Rasullullah Saw memberikan Khutbah ketika ibadah haji dengan berkata :

Ketahuilah bahawa masa berputar sepertimana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaabab. (HR Imam Ahmad).

Monday, 18 June 2012

Peristiwa Subuh & Kelebihannya

sebelum sahabat-sahabat sekelian membaca post ini, molek benarlah jika sahabat-sahabat memainkan lagu nasyid daripada kumpulan raihan ini.


Assalamulaikum. segala puji bagi Allah Swt dan junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Semoga pada hari-hari yang kita tempuhi ini dapat dinikmati dan dirasai dengan bersyukur kepadaNya. InsyaAllah pada entri pada kali ini, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin berkongsi dengan sahabat2 sekelian mengenai mendirikan solat subuh ini. Marilah kita bersama-sama menghayati kelebihan dan kehebatan solat subuh ini terutamanya diri saya sendiri yang sering alpa mengenai solat subuh ini.



"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya' dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya akan mendatangi keduanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak." [HR Al-Bukhari dan Muslim]

Subhanallah. Maha Suci Tuhan Yang Maha Mengetahui. Berdasarkan Hadith tersebut, dapatlah dihuraikan bahawasanya solat subuh selain solat2 fardu yang lain mempunyai kelebihan dan kehebatannya yang tersendiri. Malah, pihak yahudi juga amat takut terhadap umat islam mengenai solat subuh ini.

Yahudi pernah mengatakan mereka bangsa yahudi akan mula berwaspada terhadap Islam jika jumlah Muslim yang menunaikan solat subuh berjemaah di masjid yang jumlahnya sama banyak dengan jumlah kehadiran ketika solat jumaat.



Jika kita melihat di negara kita sendiri iaitu Malaysia, suasana berjemaah secara beramai-ramai di Masjid amat jarang sekali kita melihat. Jika ada pun, mungkin ketika membuat program bersama menteri-menteri ataupun program yang melibatkan masjid atau surau. jika tiada program tersebut, mungkin pada waktu subuh hanya terdapat 5-4 orang pada satu saf.

"Barang siapa yang menunaikan solat Subuh maka ia berada dalam jaminan Allah Swt. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunauikan solat subuh, Allah Swt akan menuntutnya, sehingga ia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." [HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]

Jaminan dan penjagaan serta perlindungan Allah Swt kepada hamba2nya yang menunaikan solat subuh tepat pada waktunya. Sepanjang hari tersebut urusan kehidupan sehariannya akan diberkati dan akan dimudahkan olehNya. Perkara ini terbukti, apabila selesai solat subuh kita akan merasakan diri kita sangat tenang dan jiwa menjadi sayu jika kita benar2 menghayati solat subuh tersebut.

Dalam hadith tersebut, telah dinyatakan bahawa individu yang mendirikan solat subuh ini akan dijaga sepenuhnya jika kita benar2 yakin kepadaNya dan akan diberikan hukuman yang amat pedih di akhirat sana jika ada diantara manusia yang membunuh individu yang mendirikan solat subuh. Betapa hebatnya solat subuh ini jika kita semua menghayatinya.



Dirwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasullah Saw bersabda yang bermaksud : " Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-oleh dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." [HR Muslim]

Oleh itu, ayuhlah kita bangun bersama-sama mendirikan solat dua rakaat yang sangat bermakna ini. Sesungguhnya Allah telah berjanji akan menberi jaminan dan penjagaan kepada kita, jika kita mentaati perintahNya. InsyaAllah, tunaikan perintah Allah dengan mencelikkan mata sahabat2 untuk sujud dengan menharapkan keredhaanNya pada waktu yang dingin tersebut.

Sekian.

Friday, 8 June 2012

Silat : Warisan Bangsa Melayu

Jom Layan Lagu nie dahulu sebelum baca entri okay..=)





Assalamualaikum...

Saya menaip entri ini tepat jam 4 pagi kerana saya hendak menahan mengatuk dan untuk menyimpan nafsu mengantuk ini ketika di dalam bas ke perlis pagi-pagi nanti. Jika, sahabat-sahabat mahu tahu, saya dan kontinjen kampus admin akan menyertai suatu pertandingan antara 27 kampus yang terdapat di seluruh negara. Pada tahun ini, kampus perlis akan menjadi tuan rumah. Segala persiapan telah dsiapkan dengan sempurna dan insyaAllah pukul 7 pagi, saya dan sahabat kontinjen yang lain akan bergerak ke utara.


Namun, jari saya yang tiba-tiba ingin menaip ini bukan hendak menceritakan mengenai penyertaan saya di sana, tetapi saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya terhadap SILAT. Mungkin sahabat sudah mengetahui apa itu silat? bagaimana silat dimainkan? apakan bentuk silat? dan sebagainya. insyaAllah pada entri kali ini, perkongsian mengenai silat ini akan diceritakan serba sedikit oleh saya.

tak kan melayu hilang di dunia merupakan kata keramat Hang Tuah


Untuk pengetahuan sahabat semua, saya juga mempelajari silat semasa di bangku sekolah lagi. Tetapi saya hanya belajar di kawasan kampung sahaja. Nama perguruan yang saya pelajari ialah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. saya mula mempelajari silat ini ketika di tingkatan dua (2005) dan sehingga kini (2012). Hampir lapan tahun, saya telah bertungkus lumus untuk mendalami ilmu persilatan mempertahankan diri ini.

Alhamdulillah, dengan berkat dan bantuan guru-guru, jurulatih-jurulatih, saya telah selesai mempelajari ilmu persilatan ini sehingga tahap Bengkung Merah. Bengkung Merah ini diberikan setelah selesai ujian yang telah dijalankan. Namun begitu, sebelum mengambil Ujian Bengkung Merah ini dilakukan, ujian yang paling awal ialah Ujian Bengkung Putih dan Ujian Bengkung Hijau. Ujian Bengkung Merah ini adalah ujian yang terakhir untuk kenaikan bengkung dan layak untuk menjadi jurulatih tetapi tidak ditauliahkan untuk membuka gelanggang sendiri.



Selepas Ujian tersebut, Bengkung Kuning, Bengkung Hitam Cula Emas, Selempang dan sebagainya akan diberikan oleh guru utama sebagai anugerah mengikut kesesuaian individu tersebut. Setelah saya menjejakkan kaki di kampus, saya cuba untuk mempelajari seni silat yang berlainan iaitu, Pertubuhan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi. ini kerana, walaupun PSSCPUH ini merupakan sebuah badan silat, namun cara pergerakkannya sangat berbeza dengan silat yang pernah saya pelajari sebelum ini. Inilah sedikit sebanyak sejarah saya mempelajari silat.

Jika sahabat-sahabat hendak tahu, silat merupakan salah sebuah seni mempertahankan diri yang terdapat pada bangsa Melayu dan Nusantara. Namun, usia dan sejarah silat ini tidak dapat dijelaskan secara terperinci kerana tiada kajian mengenai silat ini dilakukan oleh para sejarawan.

pergerakan silat kebiasaannya menggunakan kekuda untuk menyerang dan menanti serangan
Silat ini juga, sangat memerlukan daya ketahan fizikal yang kuat, kerana fizikal yang lemah akan membantutkan lagi pembelajaran silat itu. Apabila seseorang individu itu mempunyai fizikal yang kukuh, maka pembelajaran sangat mudah dan kemahiran-kemahiran seni bela diri dapat diadaptasikan di dalam diri dengan sempurna.

Namun harus diingat bahawa tiada satu pergerakan pun yang dapat kita lakukan jika Yang Maha Kuasa tidak mengizinkan. Sehebat mana pun kamu bersilat, tetapi takbur dan kesombongan di dalam diri itu menjadi batu penghalang kepada anda untuk mendapat redhanya. Di dunia hebat dengan bersilat, tetapi cubalah bersilat dengan Mungkar dan Nangkir di alam barzakh nanti.

keris adalah senjata rasmi bagi kenyakkan silat


Cikgu Khan pernah berkata " Semua bela diri yang terdapat di dalam dunia ini semuanya hebat tetapi bergantung kepada pengamalnya sendiri."

Sekian.

Ikrar Diriku! : Khalimah Syahadah!




Assalamualaikum..


Subhanallah! Hari ini saya dan sahabat, telah berjaya melaksanakan beberapa tugasan penting sebelum saya akan ke negeri utara iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan. Rasa bersyukur tidak terhingga ke Allah Swt kerana dengan limpah kurnianya, saya dan sahabat berjaya menyelesaikan tugasan itu dengan sempurna..


setelah selesai meyempurnakan tugasan tersebut, saya terus menyiapkan diri untuk menunaikan fardu yang wajib iaitu solat jumaat di sebuah masjid yang berdekatan. Tajuk utama Khutbah Jummat tersebut sangat menarik dan mempunyai hujah-hujah dan isi-isi penting yang sangat bernilai.





saya di sini sangat tertarik dengan penghayatan khalimah syahadah yang dinyatakan oleh khatib di masjid tersebut. menurut beliau, kalimaah shadah bukan hanya sekadar bertutur dan melafazkannya, tetapi kalimah yang agung itu perlu di sisipkan dengan penghayatan yang sepenuh hati. ini bermaksud, khalimah syahadah adalah sangat penting bagi Umat islam kerana khalimah inilah yang membezakan antara kita dan orang kafir.


menurut Wikipedia yang saya rujuki, syahadah bermaksud ucapan kepercayaan atau pernyataan kepercayaan kepada keEsaan Tuhan (Allah Swt) dan Nabi Muhammad Saw. mengucap dua khalimah ini merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasminya diaanggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut agama islam.







manakala, terdapat beberapa kepentingan khalimah syahdah ini kepada Umat Islam. antaranya ialah pintu masuknya Islam, intisari ajaran islam, dasar perubahan menyeluruh, hakikat pendakwah para rasul dan merupakan keutamaan yang besar. (sila rujuk huraiannya kepada yang pakar)





jelaslah di sini, bahawasanya khalimah syahadah ini amat penting bagi umat islam. lafazkanlah syahdah tersebut dengan sepenuh penghayatan supaya ikatan perjanjian itu dapat diterima oleh Allah Swt. seperti yang sahabat-sahabat sedia maklum bahawa, kita azan berkumandang syahadah juga akan dilafazkan. jadi kita hendaklah menjawab lafaz azan tersebut dengan penuh yakin. manakala, ketika kita solat fardu 5 waktu, kita juga akan melafazkannya ketika tahiyyat awal dan akhir. lafazkanlah dengan penuh ketaqwaan kepada Allah Swt dan RasulNya.. 





selain itu juga, ketika hendak melelapkan mata, kita juga disarankan untuk melafazkan khalimah suci ini supaya tidur kita sentiasa mendapat syafaat dan keredhaanNya. kita tidak tahu, bila ajal kita akan menjelma, bila malaikat akan mencabut nyawa kita, jadi sebelum hendak melelapkan mata atau bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu, ucapkanlah "AsyhaduAllailahaillAllah, WasyhaduannaMuhammadarRasullullah"!!


Sekian..

Thursday, 7 June 2012

Saya Budak Baru Belajar



Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah, saya kini muncul dengan blog yang baharu dan blog yang baharu iaitu SEMERAH SENJA. Nama ini bukanlah sengaja diletakkan dan mempunyai maksud yang tersendiri.. InysaAllah dengan kemunculan blog yang baharu ini, akan saya kongsikan segala curahan idea dan perkongsian ilmu yang berguna kepada anda semua.

Namun, saya bukanlah seorang yang berilmu pengetahuan yang tinggi dan alim serta warak. saya hanyalah seorang insan biasa yang hanya mempunyai secebis hati yang inginkan kedamaian di dalamnya. Dengan terhasilnya blog ini, saya akan menjadikannya sebuah blog yang penuh dengan perkongsian dan keilmiahan untuk tatapan dan pembacaan anda sekelian.

Semoga, sahabat-sahabat blogger yang lain, dapat memberi tunjuk ajar kepada saya kerana saya ini hanyalah insan yang baru ingin belajar.

Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah boleh tunjukkan..

sekian..=)