Sahabat Followers

Friday 8 June 2012

Silat : Warisan Bangsa Melayu

Jom Layan Lagu nie dahulu sebelum baca entri okay..=)





Assalamualaikum...

Saya menaip entri ini tepat jam 4 pagi kerana saya hendak menahan mengatuk dan untuk menyimpan nafsu mengantuk ini ketika di dalam bas ke perlis pagi-pagi nanti. Jika, sahabat-sahabat mahu tahu, saya dan kontinjen kampus admin akan menyertai suatu pertandingan antara 27 kampus yang terdapat di seluruh negara. Pada tahun ini, kampus perlis akan menjadi tuan rumah. Segala persiapan telah dsiapkan dengan sempurna dan insyaAllah pukul 7 pagi, saya dan sahabat kontinjen yang lain akan bergerak ke utara.


Namun, jari saya yang tiba-tiba ingin menaip ini bukan hendak menceritakan mengenai penyertaan saya di sana, tetapi saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya terhadap SILAT. Mungkin sahabat sudah mengetahui apa itu silat? bagaimana silat dimainkan? apakan bentuk silat? dan sebagainya. insyaAllah pada entri kali ini, perkongsian mengenai silat ini akan diceritakan serba sedikit oleh saya.

tak kan melayu hilang di dunia merupakan kata keramat Hang Tuah


Untuk pengetahuan sahabat semua, saya juga mempelajari silat semasa di bangku sekolah lagi. Tetapi saya hanya belajar di kawasan kampung sahaja. Nama perguruan yang saya pelajari ialah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. saya mula mempelajari silat ini ketika di tingkatan dua (2005) dan sehingga kini (2012). Hampir lapan tahun, saya telah bertungkus lumus untuk mendalami ilmu persilatan mempertahankan diri ini.

Alhamdulillah, dengan berkat dan bantuan guru-guru, jurulatih-jurulatih, saya telah selesai mempelajari ilmu persilatan ini sehingga tahap Bengkung Merah. Bengkung Merah ini diberikan setelah selesai ujian yang telah dijalankan. Namun begitu, sebelum mengambil Ujian Bengkung Merah ini dilakukan, ujian yang paling awal ialah Ujian Bengkung Putih dan Ujian Bengkung Hijau. Ujian Bengkung Merah ini adalah ujian yang terakhir untuk kenaikan bengkung dan layak untuk menjadi jurulatih tetapi tidak ditauliahkan untuk membuka gelanggang sendiri.



Selepas Ujian tersebut, Bengkung Kuning, Bengkung Hitam Cula Emas, Selempang dan sebagainya akan diberikan oleh guru utama sebagai anugerah mengikut kesesuaian individu tersebut. Setelah saya menjejakkan kaki di kampus, saya cuba untuk mempelajari seni silat yang berlainan iaitu, Pertubuhan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi. ini kerana, walaupun PSSCPUH ini merupakan sebuah badan silat, namun cara pergerakkannya sangat berbeza dengan silat yang pernah saya pelajari sebelum ini. Inilah sedikit sebanyak sejarah saya mempelajari silat.

Jika sahabat-sahabat hendak tahu, silat merupakan salah sebuah seni mempertahankan diri yang terdapat pada bangsa Melayu dan Nusantara. Namun, usia dan sejarah silat ini tidak dapat dijelaskan secara terperinci kerana tiada kajian mengenai silat ini dilakukan oleh para sejarawan.

pergerakan silat kebiasaannya menggunakan kekuda untuk menyerang dan menanti serangan
Silat ini juga, sangat memerlukan daya ketahan fizikal yang kuat, kerana fizikal yang lemah akan membantutkan lagi pembelajaran silat itu. Apabila seseorang individu itu mempunyai fizikal yang kukuh, maka pembelajaran sangat mudah dan kemahiran-kemahiran seni bela diri dapat diadaptasikan di dalam diri dengan sempurna.

Namun harus diingat bahawa tiada satu pergerakan pun yang dapat kita lakukan jika Yang Maha Kuasa tidak mengizinkan. Sehebat mana pun kamu bersilat, tetapi takbur dan kesombongan di dalam diri itu menjadi batu penghalang kepada anda untuk mendapat redhanya. Di dunia hebat dengan bersilat, tetapi cubalah bersilat dengan Mungkar dan Nangkir di alam barzakh nanti.

keris adalah senjata rasmi bagi kenyakkan silat


Cikgu Khan pernah berkata " Semua bela diri yang terdapat di dalam dunia ini semuanya hebat tetapi bergantung kepada pengamalnya sendiri."

Sekian.

No comments:

Post a Comment